Selepas hampir sebulan berkampung di Kg Dabong, Kuala Krai, Kelantan, misi kemanusiaan pasca banjir skuad sukarelawan TTB Terengganu akan menamatkan khidmat bakti mereka hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria hadir bagi merasmikan majlis penutup yang diadakan di Masjid Jelawang, Dabong.

Menurut Razif, seramai 6000 sukarelawan secara keseluruhannya yang menyertai misi kemanusian pasca banjir ini termasuk la dari pelbagai jabatan kerajaan, NGO, IPTA dan IPTS serta pemuda dan puteri UMNO Terengganu.

Razif turut menyampaikan sumbangan karpet dan jam waktu solat kepada imam masjid Jelawang serta meluangkan masa makan tengahari bersama para sukarelawan dan penduduk Kg Dabong.

Dalam pada itu, Razif mengumumkan bahawa skuad sukarelawan TTB akan bernaung di bawah persatuan baru yang akan ditubuhkan selepas ini iaitu Persatuan Sukarelawan TTB Terengganu.

Turut hadir, Dato’ Rozi Mamat, Pengerusi skuad sukarelawan TTB Terengganu, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Zubir Embong dan beberapa exco kerajaan negeri Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here