Permohonan untuk menyertai Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) kini boleh dibuat menerusi atas talian.

Pegawai Eksekutif SSTTB, Muhamad Ridzuan Hashim berkata, permohonan itu dibuka kepada semua masyarakat tanpa mengira had umur.

“Permohonan terbuka kepada semua golongan masyarakat dan mereka yang berminat boleh membuat permohonan dengan melayari laman web rasmi SSTB di pautan https://www.ssttb.my,” katanya kepada Terengganu News, di sini hari ini.

Ridzuan berkata, SSTTB yang pada mulanya ditubuhkan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Terengganu kini diperluas sehingga ke negeri-negeri lain dan tidak hanya tertakluk kepada misi bantuan banjir sahaja.

“Skuad Sukarelawan TTB bukan sahaja dihantar dalam Terengganu sahaja, malah sebelum ini pun kita pernah hantar mereka ke Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan di Ranau, Sabah.

“Yang terbaru, SSTTB bakal ke Bangladesh untuk membantu pelarian Rohingya di sana,” katanya. – Terengganu News

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here