Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) yang dalam misi Bantuan Pasca Banjir akan memberi fokus di tiga kawasan utama di Pulau Pinang yang telah dikenal pasti.

EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, pasukan misi seramai 200 orang ditugaskan telah ditugaskan untuk membantu kawasan yang ditimpa banjir iaitu Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau.

Tambahnya skuad ini merupakan pasukan pertama yang dihantar ke Pulau Pinang dan pasukan kedua dan seterusnya akan digerakkan dalam masa terdekat mengikut keperluan dan keadaan di kawasan terlibat.

‘Idea mewujudkan Skuad Sukarelawan TTB yang dicetuskan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu melihat anak-anak muda memberi sumbangan membantu mangsa banjir bukan sahaja di negeri Terengganu tetapi juga di negeri lain’.

‘Lokasi yang pasukan sukarelawan akan pergi iaiah Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau dan kita juga perlu melihat dari segi logistik dengan tempat yang kita nak lakukan operasi ini’.

‘Kali kita menghantar misi yang pertama seramai 200 orang dan ada lagi sesi yang kedua ketiga dan seterusnya mengikut keperluan logistik dan kita sentisa bersedia jika bantuan diperlukan’.

‘APM akan mengetuai misi logistik ini bagi operasi sepanjang berada di Pulau Pinang dan saya yakin dengan latihan yang telah dilalui sukarelawan dapat memikul tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan tumpuan utama pembersihan adalah di sekolah-sekolah, tempat ibadat, dewan dan tempat awam’.

‘Insyaallah YAB Menteri Besar akan bersama dengan sukarelawan dalam operasi pada hari Sabtu ini’ katanya selepas melakukan Majlis Pelepasan SSTTB Ke Pulau Pinang di Gong Badak. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar.

Dalam pasukan ini terdiri daripada seramai 200 orang dari Skuad Sukarelawan TTB termasuk 20 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), empat buah bas, 15 buah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah lori APM dikerahkan ke Pulau Pinang.

SSTTB yang pernah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014, banjir di Pekan Januari 2015, gempa bumi di Sabah Jun 2015 dan bakal ke pusat pelarian Cox Bazar Bangladesh untuk membantu masyarakat Islam Rohingya Disember ini. – Terengganu Times

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here